9 ketul ayam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi hijau
3 cm halia
2 cm lengkuas - dihiris sederhana nipis dan kemudian tumbuk sedikit untuk pecahkannya
1 batang serai - dititik
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga
batang saderi
1. Kisar bawang merah. bawang putih, halia, cili padi, ketumbar, jintan manis & jintan putih sehingga lumat.
2. Tumis semua bahan kisar berserta dgn bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
3. Setelah garing & naik bau, masukkan ayam.
4. Gaul rata. Tutup dan biarkan 5 minit
5. Masukkan batang saderi. Gaul rata lagi.
6. Masukkan 2 cawan air.( Ikut suka banyak kuah)
7. Masukkan garam dan biarkan sehingga mendidih
8. Setelah ayam masak, tutup api dan perahkan jus limau nipis dari 1/2 biji limau nipis.
9. Sedia dihidang
Source: http://yummylicious-jun.blogspot.com
No comments:
Post a Comment