Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam
- Gaulkan ayam dgn tepung jagung dan garam dan goreng dengan minyak sehingga ayam garing kekunigan. Angkat dan toskan.
Bahan B
100 gm gajus - goreng dengan minyak
30 gm lada kering - lada kering potong 2 dan goreng dgn minyak sehingga garing
2 biji bawang besar- belah 4
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
1 biji capsicum - potong kiub
3 sudu makan oyster sauce
2 sudu makan cili sos
1/4 cawan air
minyak
garam
Cara
1. Tumis halia dan bawang putih hingga garing
2. Masukkan bawang besar. Biarkan sehingga naik bau
3. Masukkan oyster sauce dan chili sauce.
4. Tambah sedikit air
5. Masukkan ayang yang telah digoreng, capsicum dan lada kering
6. Gaul semua bahan hingga rata dan biarkan atas api selama 5 minit
7. Akhir sekali masukkan gajus dan sedia untuk dihidang
Source :http://www.myresipi.com
No comments:
Post a Comment