Sunday, December 14, 2008

MEE KARI


Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai

2 sudu besar rempah kari daging - digaul dgn air sehingga jadi pes
1 sudu besar cili mesin
1/2 tin santan
ayam 
fishball
tahu
limau nipis
cili hijau
daun bawang


Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing
2. Masukkan rempah kari daging dan cili mesin. Gaul rata dan biarkan sehingga garing
3. Setelah garing, masukkan ketulan ayam atau daging. Terpulang.Jika suka boleh juga gunakan udang.
4. Biarkan sebentar.Masukkan santan.Gaul dan kemudian masukkan air. Sukatan air bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai.
5. Akhir sekali masukkan fishball dan garam.
6. Biarkan sehingga mendidih, baru tutup api.
7. Mee kari ini boleh dimakan dengan telur rebus dan tahu goreng.
8. Jika suka boleh juga dihiaskan dengan bawang goreng, cili hijau potong, daun bawang dan limau nipis.

No comments: