Sunday, December 21, 2008

AYAM HARUM THAI


Bahan A - hiris
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B - campurkan semua hingga jadi sos
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji air limau nipis
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada benggala

1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan A.
2. Tumis bahan A sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan B
4. Gaul hingga rata
5. Setelah sos digaul rata, masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
6. Gaul lagi sehingga rata dan biarkan diatas api sehingga ayam betul betul masak
7. Akhir sekali masukkan lada benggala atau capsicum
8. Biarkan sebentar dan sedia dihidang.

Source:http://www.myresipi.com

No comments: