Tuesday, February 17, 2009

AYAM MASAK MERAH


8 ketul ayam
3 ulas bawang putih - hiris
6 ulas bawang merah - hiris
3 cm halia - hiris
sehiris lengkuas - nipis
2 batang serai - ketuk
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang 
1 helai daun pandan
200 gm cili kering kisar
100 gm sos tomato
1 labu bawang besar - hiris bulat
garam dan gula

Bahan Perap Ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
serbuk kunyit
garam

Cara
1. Perap ayam dengan bahan perap ayam, garam dan kunyit selama 1/2 jam kemudian digoreng.
2. Tumis semua bahan hiris hingga naik bau dan kuning
3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan gula dan garam.
5. Masukkan bawang besar , sos tomato dan ayam yg telah digoreng. Gaul rata. Biarkan atas api sebentar. Angkat. Sedia dihidang

Source: Majalah Saji Julai 2005

No comments: