Sunday, November 16, 2008

AYAM MASAK SERAI


1 ekor ayam dipotong kecil ( ayam dipotong kecil supaya rasa serai dapat meresap kedalamnya )
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah, rasa serai kurang dan lambat kering )
2 keping asam gelugor
garam 
kunyit

Bahan untuk dikisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering

Cara
1. Ayam dilumur dgn garam dan kunyit dan di goreng separuh masak
2. Angkat ayam dan toskan minyaknya
3. Tumis bahan bahan yang telah dimesin sehingga garing
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan serai dan digoreng lagi sehingga serai kering.

Source : http://hanieliza.fotopages.com

No comments: